Thursday, March 3, 2011

Fobia Belum hilanggg!!


Fobia! yah! Fobia selepas apa yg berlaku hujung minggu lepas. Tak sangka dalam hidup ni saya kira bertuah la dapat "terjumpa" sorang wartawan ni secara sengaja la jugak. Entah mimpi apa saya semalam dapat terjumpa orang spesies macam dorang ni. Kalau terjumpa Siti Nurhaliza tu tak paa la jugak. Saya langsung tak hairan punya. Nak minya autograf pun saya langsung tak ambil kisah.

Yer...saya memang fobia.. bukan fobia terserempak dengan hantu ker, cicak kubin terjatuh atas badan ker..tidak! saya fobia pasal polis serbu rumah seorang kawan di mana saya pun kebetulan berada di tempat kejadian. Gahhhh...! macam mana boleh kebetulan tu?? Kalau la saya boleh predict apa yang akan berlaku kemudian, sampai bila pun saya tak akan melangkahkan kaki ke tempat itu lagi. Tapi perkara sudah berlaku, so, ambil perkara ni sebagai pengajaran dan pengalaman.

Yang lebih membuatkan saya fobia tu, siap dengan wartawan TV3 (999) Mazidul Sidek dan sorang wartawan perempuan tu entah apa nama dia (dia tak popular kot sampai tak tahu nama :P) dan ketua polis bahagian miri dan beberapa orang polis (siap polis dari sabah datang jugak,hensem la jugak..hahah). Tidak cukup dikira dengan 10 jari, agak-agak dorang ada lebih 10 orang. Untuk pertama kalinya saya kena interview. Aduhhh...! Mintak2 rakaman ni tak masuk TV3...kalau masuk jugak...memang gelap la masa depan saya. ;(

Seluruh rumah habis kena spotcheck..cari-cari punya cari...terjumpa barang! Hah...! Barang apa tu??? Tepuk dada jawab sendiri... hehehe.. Yang penting, saya tak kena angkut pegi balai sudah! Ishh...fobia..fobia..! Tapi syukurrr sangat bila saya menonton rancangan 999 TV3 tadi, tiada sebarang rakaman rumah kena serbu hari tu kena tayang. Cuma video polis buat road-block di area Boulyvard-Pujut jak yang masuk TV. So, jangan sesekali minum sambil driving. Kalau tak silap-silap menang package bermalam kat dalam bilik besi selama beberapa malam,free of charge lagi tu. hahaha.. Jadi, jangan sesekali!